Kelmarin telah bermula Latihan Kecemerlangan Akhir Tahun bagi tahun 2016. Kalau dulu dipanggil Peperiksaan Akhir Tahun. Pada saya sama saja, cuma nama saja yang berubah.
Hari ini ialah kertas Bahasa Inggeris. Haah!!! Dah selesai tugas mengajar tahun ini walaubagaimanapun tugas lain belum berakhir. Lepas ini, menanda kertas la pula. Lepas tu key in dalam SAPS. Lepas tu hantar pelaporan offline.
Harapan sebagai seorang guru ni supaya anak-anak didik dapat menjawab peperiksaan dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Selasa, 25 Oktober 2016
Isnin, 24 Oktober 2016
Jazz chant
Jazz chant merupakan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai memperkukuhkan penguasaan bahasa di kalangan murid. Aktiviti ini dijalankan di dalam kemahiran 'Language Art'. Video di bawah ialah murid tahun 3 sederhana.
Ada yang malu-malu dan ada juga yang menyerlah. Itulah murid-murid!
Ada yang malu-malu dan ada juga yang menyerlah. Itulah murid-murid!
Langgan:
Ulasan (Atom)