Assalamualaikum semua....
Hari ni nak cerita tentang donut ala-ala Big Apple yg saya beli pada hari Khamis. Saya tolong jualkan pada kawan-kawan di sekolah. Takkan jual kat orang je kan, sendiri pun nak try jg. Hehehe...
Sampai kt rumah, anak2 pun buka la kotak tengok donut tu. Wah!!! Semua ternganga mulut, terus nak makan sampai xnak mandi. Saya pun tutup balik kotak tu. Cakap pada anak2, kena mandi n solat Zohor dulu baru leh makan. Dah siap semua, barulah pakat2 makan semua orang.
Emmmm....memang sedap. 1 kotak dan 8 biji semua, kami 1 family dan 6 orang, So, ada balance lagi 2 biji. Yang 2 biji ni la dok berebut. Terpaksa potong, bahagi sama banyak. Hehehe....tengahari tu dah x makan nasi budak-budak ni.
bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan donut ni, bley email saya di ilyanahasanbakri743@gmail.com atau telegram 014-8085552.
Harga 1 kotak 8 biji campur-campur topping = RM12.00
Pizza pun da jg = RM18.00
Kalau order banyak, toke boleh bagi diskaun lagi.
Sabtu, 30 April 2016
Khamis, 28 April 2016
Salam Jumaat
Assalamualaikum. Pagi Jumaat ni, banyak benda nk di buat sebenarnya. Basuh kain, kemas rumah, pergi pasar, potong kuku sndri, anak-anak dan macam-macam lagilah. Cuma, kadang-kadang tu malas je. Huhu....
Banyak perkara sunat sebenarnya yang boleh di buat pada hari Jumaat ni. Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. hari kebesaran bagi umat Islam. Saya nak khutbah lebih2 pun xpandai, pa kata klik kt sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Ok lah, jmpa lagi di lain entri. Nak kemas rumah..hehe...
Banyak perkara sunat sebenarnya yang boleh di buat pada hari Jumaat ni. Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. hari kebesaran bagi umat Islam. Saya nak khutbah lebih2 pun xpandai, pa kata klik kt sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Ok lah, jmpa lagi di lain entri. Nak kemas rumah..hehe...
Selasa, 26 April 2016
1ST JURNAL
Alhamdulillah, setelah sekian lama nk ada blog sendiri, akhirnya hari ni tercapai juga. Semuanya secara tidak dirancang. Bermula dari Kak Yah (Cg Nariah Mamat) yang minta tolong update blog kantin sekolah. Lepas beliau ajar sikit-sikit cara nak buat blog tu, lama-lama tu dah nampak la jalan nak buat sendiri. Hem...senang jer sebenarnya, cuma nk bagi cantik tu kena study lagi dgn Kak Yah.
Al-kisah update blog kantin tu bukannya ape sebab baru-baru ni, kantin sekolah masuk pertandingan Juara Kantin Peringkat Negeri. Cerita dan gambar di sini. Lepas tu tadi dalam kul 11.20 cmtu, ada announcement minta beberapa org guru ke Bilik Guru Besar. Cuak jg dengar nama saya pun termasuk dalam tu. Lepas dah semua berkumpul, GB bagitau bahawa pada 3 Mei nanti ada pemantauan Kantin Peringkat Kebangsaan, nak ambil video pulak katanya.
Maka, bermulalah pembahagian tugas. Kemaskan lagi sudut-sudut yang ada tu. Touch up sikit-sikit.
Saya memang ditugaskan di Sudut Kitar Semula. Nak kena tambah lagi apa-apa yang perlu. Nak dijadikan cerita, Cg Akmaizam minta tolong dia buat blog. Saya kata, boleh tolong tp saya sendiri pun tak ada blog. At last, Cg Nariah bagitau, blog kantin dah ada cuma nak update saja. Dia belum sempat sebab nak tumpu pada NILAM.
Lepas tu, Kak Yah terus ajar. Lepas dah siap update blog kantin tu, saya pun cubalah buat blog saya sendiri. Jengjengjeng....jadi juga akhirnya. hihi....budak baru belajar.
Langgan:
Ulasan (Atom)






