Al-kisah update blog kantin tu bukannya ape sebab baru-baru ni, kantin sekolah masuk pertandingan Juara Kantin Peringkat Negeri. Cerita dan gambar di sini. Lepas tu tadi dalam kul 11.20 cmtu, ada announcement minta beberapa org guru ke Bilik Guru Besar. Cuak jg dengar nama saya pun termasuk dalam tu. Lepas dah semua berkumpul, GB bagitau bahawa pada 3 Mei nanti ada pemantauan Kantin Peringkat Kebangsaan, nak ambil video pulak katanya.
Maka, bermulalah pembahagian tugas. Kemaskan lagi sudut-sudut yang ada tu. Touch up sikit-sikit.
Saya memang ditugaskan di Sudut Kitar Semula. Nak kena tambah lagi apa-apa yang perlu. Nak dijadikan cerita, Cg Akmaizam minta tolong dia buat blog. Saya kata, boleh tolong tp saya sendiri pun tak ada blog. At last, Cg Nariah bagitau, blog kantin dah ada cuma nak update saja. Dia belum sempat sebab nak tumpu pada NILAM.
Lepas tu, Kak Yah terus ajar. Lepas dah siap update blog kantin tu, saya pun cubalah buat blog saya sendiri. Jengjengjeng....jadi juga akhirnya. hihi....budak baru belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan