Isnin, 1 Ogos 2016

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Tarikh : 1 Ogos 2016
Hari : Isnin

Pertandingan ini adalah anjuran bersama Unit Kokurikulum dan Kantin Sekolah. Antara tujuan penganjuran pertandingan ini ialah untuk mencungkil bakat terpendam murid-murid SKB serta untuk menyemai semangat patriotik di kalangan murid-murid.

Pertandingan ini terbuka kepada ahli-ahli Kelab Sukan dan Permainan. Setiap Kelab diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta.

Pertandingan dijalankan semasa rehat secara santai.

Juri-juri adalah dikalangan murid-murid sendiri.

Sebagai Setiausaha Kokurikulum, saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan program Kemerdekaan ini berjalan seperti yang dirancang.

Untuk melihat gambar, boleh rujuk di sini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat menerapkan semangat patriotik di kalangan murid-murid SKB.

1 ulasan: